Thursday 20 November 2008

Pertolongan Hakiki




Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Hari ini dengan rasa insaf dan bersyukur di atas kurniaan pertolongan Allah yang tidak disangka-sangka. Tanpa sedar, air mata yang lama tersimpan tiba-tiba mengalir tanpa diundang.
Rahmat Allah datang tanpa diduga. Biarlah ia menjadi sebahagian diari hidupku yang akan tetap aku semat di dalam memoriku.

Maha Suci Allah yang Maha Mendengar,
Sebagai manusia biasa, kita hanya mampu berusaha dan melakukan sesuatu perkara. Namun biarlah usaha tersebut kita sertakan dengan sabar dan seikhlas mungkin, disusuli pula dengan berdoa dan tawakal kepadaNya. Sesungguhnya Allah tempat untuk kita bergantung dan berharap.

Kadang-kadang semakin jauh kita kepadaNya, terasa semakin dekat Dia datang. Semakin cuba kita dekati, terasa hati semakin tenteram walau kalut dengan pelbagai urusan harian. Nasyid ibarat halwa telinga bila didengari sesekali menyentuh perasaan jiwa untuk terus mengingatiNya walau apa juga keadaan.

Ayat-ayat dan kalimat al-quran yang dibaca sesekali menyentak hati untuk terus merinduiNya lantaran mengingatiNya setiap waktu. Sesungguhnya Allah suka kepada hambaNya yang selalu mengingatiNya setiap pagi dan petang. Mudah-mudahan segala urusan dipermudahkan olehNya di samping mencari redhaNya yang hakiki.

Wallahua'lam.

Tuesday 18 November 2008

Menghitung Nikmat Akbar




Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Tanpaku sedari, masa begitu pantas berlalu. Sehingga saat itu bakal muncul kembali setelah diundang sebagai tetamu Allah tahun ini. Alhamdulillah...segala puji bagi Allah yang mengaturkan segalanya untuk hambaNya.

Maha Suci Allah yang Maha Mulia, Maha Agung, kepadaMu kami sujud sembah, kepadaMu jua kami memohon pertolongan. Betapa besarnya nikmatMu ini yang Kau hadiahkan kepada kami. Semoga Engkau menerima kami seadanya kerana sesunguhnya kami selalu alpa dengan suruhanMu. Bimbinglah kami ke jalan yang Engkau redhai dan jangan Engkau ambil kembali nikmat iman dan taqwa yang telah Engkau anugerahkan kepada kami. Semoga kami akan menjadi hambaMu yang senantiasa bersyukur atas segala nikmatMu dan tidak kufur nikmat.

Ya Allah Tuhan yang Mentadbir Alam buana, tujuh petala langit dan bumi. Salam kami buat junjungan besar Nabi Muhamad s.a.w. dan para rasul serta nabi, dan para sahabat dan kerabatnya. Pautkan hati-hati kami untuk terus mentaati segala perintahMu dan meninggalkan segala laranganMu untuk menuju syurgaMu. Berikanlah kami kekuatan untuk mencontohi akhlak mulia junjungan besar Nabi Muhamad s.a.w.

Monday 10 November 2008

Rindu Berbalas




Labbaikallahummalabaik...
Insyaallah ia hampir menjadi kenyataan
Maha Suci Allah yang Maha Berkuasa
Allah yang Maha Agung
Yang menciptakan alam buana dengan sempurna
Tiada Tuhan yang disembah melainkan Dia...

Labbaikallahummalabaik...
Engkau Tuhan yang Maha Pangasih lagi Maha Penyayang
Yang Maha Pengampun
Ampunilah kiranya dosa-dosa kami
Kurniakanlah kepada kami taufik dan hidayahMu yang penuh rahmat
Kami manusia insan hina yang selalu lalai dengan perintahMu

Labbaikallahummalabaik...
Terimalah taubat kami
Semoga Engkau akan terima kami seadanya
Sebagai tetamuMu kali ini yang menagih rahmatMu
Sepanjang perjalanan hidup kami dunia akhirat
Bimbinglah kami selalu untuk berada di jalan yang lurus yang Engkau redhai
Segala puji bagi Allah yeng Mentadbir alam ini...
Engkau yang mengaturkan sesuatu untuk hambaMu
Permudahkan lah segala urusan kami...

- Ibnu Amin @ 2008 -

Thursday 6 November 2008

Unforgetable Moment 2004








Kenangan menunaikan umrah bersama isteri tersayang, bonda mertua, nenekanda, dan warga emas daripada Bukit Batu, Kulai, Johor pada tahun 2004.

Ziarahku kali kedua ini bersama orang tersayang menjadikan kunjungan ini lebih bermakna dalam sejarah hidupku. Saat pertama menjejakkan kaki ke tanah haram Mekah September 2001 tidak pernah luput dari ingatan dan tetap segar dalam benak ingatanku.

Perasaan gembira dan sayu bila kali pertama menyaksikan baitullah kaabah yang berdiri gah di depan mata, yang sukar ku gambarkan dengan kata-kata. Terasa diri ini begitu kerdil dan hina dengan diri seadanya.



Terlalu banyak pengalaman manis sewaktu melaksanakan umrah kali kedua ini. Banyak yang aku belajar mengenai kehidupan. Kebetulan lebih daripada sebahagian jemaah kami merupakan warga emas yang sebenarnya menambahkan lagi memori kami yang mungkin tidak akan pernah kami lupakan sehingga akhir hayat kami. Kami juga rasa bertuah kerana dapat bersama atuk bapak dalam umrah ini yang merupakan kunjungan terakhir beliau sebelum kembali kerahmatullah pada 10 Feb 2007....Al-Fatehah.

InsyaAllah akan ku ceritakan sedikit pengalaman umrah keduaku ini pada masa akan datang. Cukuplah sekadar ku beritahu bahawa ia tetap akan segar dalam ingatan sehingga akhir hayatku. Dan selalu terbayang-bayang saat dan tika di sana bersama mereka....(sebahagian ada dalam gambar tu....)

Teringat kata-kata seorang kawan yang baru kami kenali di bumi Manchester. Modal ke Mekah adalah perasaan rindu untuk mengunjungi lagi Baitullah jika pernah menyaksikan sendiri tanah suci yang penuh sejarah. Mengalir air mata bila mengenangkan bagaimana Rasulullah s.a.w. bertarung nyawa bersama para sahabat untuk menegakkan syiar Islam di muka bumi ini.

Pernah ku ditanya "...seronok tak pergi Mekah...?" Jawapannya sukar untuk dilafaz, tapi bergantung pada niat masing-masing untuk menziarahi tanah suci Mekah. Pernah juga ku ditanya "...apa yang best nyer pergi Mekah tu? bukan ke batu bata jer yang ada...nak tengok apa?" Tersentak mendengar soalan yang diajukan oleh seorang lelaki berumur sekitar 40-an. Semoga Allah memberi hidayah kepadanya...

Alhamdulillah...kunjungan kedua bersama isteri tersayang mengundang pula rasa rindu untuk menjadi tetamu Allah yang lebih mulia. Semoga Allah sentiasa meredhakan hasrat kami justeru menerima kami untuk sekali lagi mengunjungi tanah suci Mekah. Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya dan Dia yang mengaturkan sesuatu yang terbaik untuk diri kita sendiri. Semoga kunjungan seterusnya akan lebih bermakna buat kami.....(bersambung dalam siri akan datang.)

Tuesday 28 October 2008

Harapanku Subur Kembali...




Wahai Tuhan ku Yang Esa
Bila kenangkan Qahar-Mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksa-Mu

Hamba-Mu rasa berputus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika

Tika mengenang Ghafar-Mu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih semula
Harapanku subur kembali

Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
Mengganti hukuman-Mu di akhirat

Di waktu mengenang rahma-tMu
Terasa diri kurang bersyukur
Pada-Mu harusku memohon
Moga syukurku bertambah

Alangkah susahnya
Mendidik nafsuku
Yang tidak mengenal kebenaran-Mu
Ya Alloh Tuhanku
Bantulah hamba-Mu
Dalam mendidik jiwaku ini

Wahai Tuhan ku Yang Esa
Bila kenangkan Qahar-Mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksa-Mu

Lagu: Saujana
Album: Kembara Cinta

Tuesday 21 October 2008

Lagi Upin dan Ipin (Setahun Kemudian)

Episod 7 (Tadika)





Episod 8 (Anak Bulan)





Episod 9 (Adat)



Monday 13 October 2008

Intizaar


Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

· Surah Al-A'raf ayat 189

هُوَ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَجَعَلَ مِنْهَا زَوْجَهَا لِيَسْكُنَ إِلَيْهَا فَلَمَّا تَغَشَّاهَا حَمَلَتْ حَمْلاً خَفِيفًا فَمَرَّتْ بِهِ فَلَمَّا أَثْقَلَت دَّعَوَا اللّهَ رَبَّهُمَا لَئِنْ آتَيْتَنَا صَالِحاً لَّنَكُونَنَّ مِنَ الشَّاكِرِين

Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu dan Dia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang-senang (bertenang tenteram) satu diri kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah dia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah dia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika dia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata): Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur.

Kawan

Kawan,
Satu perkataan mudah dilafaz,
Kawan mudah dicari tika kita tiada kesusahan,
Mereka pergi walau kita kadang-kala memerlukan,
Mereka datang dan pergi silih berganti, kecuali yang faham dan mengerti erti 'kawan'.

Memang tidak dinafikan begitu sukar untuk menemui seorang kawan sejati, yang bertemu dan berpisah dengan kita kerana Allah s.w.t. Dalam seribu, mungkin hanya seorang dua sahaja yang sering setia dalam jalinan ini. Yang sentiasa menghargaai erti sebuah persahabatan yang berpanjangan tanpa ada rasa curiga dan salah sangka.

Persahabatan kadang-kala disalah-ertikan gara-gara salah faham yang mungkin tidak diundang, yang tidak disedari atau disengajakan. Akibatnya, jalinan persahabatan yang pernah wujud terus diabaikan dan tiada nilai lagi, dan terus hilang tanpa tahu apa puncanya. Walau kita sedari kehilangannya dan semakin jauh perginya, dan cuba untuk menambatnya kembali, namun ia tetap mahu terlerai ibarat layang-layang yang terputus talinya...

Kawan... andaikata ada yang tersinggung oleh mu atas keterlanjuran perbuatan dan perkataan ku, maafkan lah kiranya insan ini yang mungkin tidak dapat memenuhi hak mu sebagai seorang kawan. Namun jika ada lagi peluang untuk bersama lagi, aku sentiasa menerima kembali. Percayalah, walau apa yang pernah berlaku, kau kawan ku akan tetap menjadi kawan ku hingga ke akhir hayatku....

Wallahua'lam.

Thursday 9 October 2008

Our 5th Wedding Anniversary


Alhamdulillah, 3rd October 2008, genap 5 tahun usia perkahwinan kami. Normal practice, kami akan saling memberikan kad wedding anniversary with special gift. This year...thank you very much to my hubby for his lovely present...Samsung Omnia i900.
But, I'm a bit upset coz tak dapat nak beri hadiah apa-apa kat my beloved hubby...just a card coz budjet tak cukup nak belikan my hubby camera digital SLR Canon 40D idamannya...inshaAllah, it will be yours sooner or later and my pray..may you become a good muslim photographer like Peter Sanders @ Abdul Adzeem, that utilise his expertise in photography for the sake of Islam.




Monday 22 September 2008

Resipi Kek Carrot


Bahan-bahan:

  • Carrot ...................................6 batang (diparut)
  • Telur .....................................6 biji
  • Self-rising flour ................... 250gm
  • Gula kastor ..........................100gm {jika tiada, boleh guna gula pasir }
  • Gula merah ..........................110gm
  • Kismis ...................................100gm
  • Walnut ..................................100gm (dicincang)
  • Baking powder ....................1 sudu kecil
  • Bicarbonate soda .................1 sudu kecil
  • Vanilla flavour .....................1 sudu besar
  • Minyak makan ....................1 cawan

Cara memasak:
  • Pukul telur, gula kastor hingga kembang.
  • Tambah gula merah, minyak - pukul lagi.
  • Masukkan carrot, kismis, walnut, tepung self rising, vanilla flavour, bicarbonate,baking powder - gaul hingga sebati.
  • Masukkan adunan dalam loyang pembakar. Bakar selama 1 jam pada suhu 180 degree celcius.

" Selamat Mencuba...."

Friday 8 August 2008

Rama-rama dan Bunga

(Klik imej untuk lihat presentation)

Sesungguhnya Allah S.W.T. lebih mengetahui sesuatu perkara itu daripada kita sebagai makhlukNya.

Walaupun kadang-kala sesuatu yang kita terima merupakan sesuatu yang tidak diingini, dan sesuatu yang kita inginkan tidak pernah atau jarang kali kita perolehi.

Namun percayalah, sesuatu yang buruk itu kadang-kala ada kebaikan di sebaliknya dan begitu jua sebaliknya, ada keburukan dalam sesuatu kebagusan. Yang penting, kita seharusnya banyakkan rasa bersyukur dan bersabar dengan segala apa yang kita terima daripaNya samaada baik atau sebaliknya.... Mudah-mudahan kita akan menjadi insan yang sentiasa mengingatiNya.


**************@**************
Rahmat Ujian

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

c/o
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu

Saturday 26 July 2008

Upin Dan Ipin

Jika nak tengok cerita Upin dan Ipin ni, kenalah stop dulu lagu background kat sebelah kanan tu!.

Episod 1 dan 2



Episod 3 dan 4



Episod 5 dan 6


Sunday 13 July 2008

Pelita Hidup

Hidup ini bagai lampu dinding
Yang dinyalakan di malam hari
Apabila minyak sudah kering
Ia kan pasti padam sendiri

Demikian hidup manusia
Selama hidup di dunia ini
Bila dah cukup umur usia
Putuslah hubungan di sana sini

Setelah kita tinggalkan dunia
Alam yang lain pula menanti
Apakah kita dapat kurnia
Itu melihat amal dan bakti

Di sana insan cemas dan bimbang
Tak dapat lagi buat alasan
Buruk dan baik akan ditimbang
Kedua-duanya dapat balasan


Picture > http://pro.corbis.com/images/ 42-17422720.jpg?size=572&uid= %7B08D3BE69-B589-4593-8A65-03786F5EFC00%7D




Friday 27 June 2008

Roti Jala

MmaNAa@2008


Bahan-bahan (roti jala):

  • Tepung gandum ........................1 kg
  • Santan kelapa ............................1 biji / 400 ml
  • Telur ayam ................................1 biji
  • Garam ........................................1 sudu kecil
  • Air ...............................................2 liter
  • Pewarna kuning
Bahan-bahan (kari):
  • Kari daging, kari ikan, Bawang besar, bawang putih, kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, halia, lada kering, ayam, daging, carot, kentang, garam, santan.
Cara-cara (roti jala):
  • Campur semua bahan-bahan tersebut sehingga rata.
  • Blend semua adunan (tambahkan air jika terlalu pekat).
  • Jala atas pan panas tanpa minyak.
Cara-cara (kari):
  • Rebus daging yang telah dipotong kecil/sederhana sehingga empuk.
  • Tumiskan bawang dan lada kering yang telah dikisar halus, bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis.
  • Masukkan kari daging dan kari ikan.
  • Masukkan tumisan (tumis darat) dalam rebusan daging.
  • Masukkan ayam dan kentang yang telah dipotong sederhana.
  • Masukkan santan.
  • Masukkan carrot yang telah dipotong kecil.
  • Masak sehingga mendidih.
  • Tambahkan sedikit garam secukup rasa.
Tips:
  • Sukatan di atas untuk 100 gulung roti jala.
  • Roti jala boleh juga dimakan dengan rendang daging selain kari.

Thursday 19 June 2008

Bila Waktu Telah Berakhir

Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yang sementara
Bagaimanakah bila semua
Hilang dan pergi meninggalkan dirimu

Bagaimanakah bila saatnya
Waktu terhenti tak kau sedari
Masihkah ada jalan bagimu
Untuk kembali mengulang kemasa lalu

Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yang ada
Akan kembali padaNya

Bila waktu telah memanggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tinggallah sepi...

(Opick)


Wednesday 18 June 2008

Asam Pedas Kepala Ikan Salmon

MaaNAa@2008

Bahan-bahan:

Lada kering, bawang besar, bawang putih, kunyit, halia, belacan, asam jawa, garam, gula, kepala ikan salmon.

Cara-cara:
  • Bawang dan lada kering, kunyit dan halia dikisar halus.
  • Tumis bahan yang dikisar dan belacan tadi sehingga masak.
  • Masukkan air (mengikut kepekatan yang disukai).
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Tambahkan air asam jawa.
  • Setelah mendidih, masukkan kepala ikan salmon.
  • Masukkan daun kesom.
  • Tunggu sehingga mendidih.
  • Sedia untuk dihidangkan.

Monday 16 June 2008

Gaya Tidur

Gaya tidur? Pelik bunyinyer. Tapi ni cerita pasal kucing jiran kami kat sini. Geram tengok dia. Nama ikut kad pengenalan dia, QC. Umur tidak dinyatakan, tapi kami percaya dia masih muda remaja. Setiap pagi dia datang kat jendela dapur rumah, nak makan lah tu. Maklumlah, kitaorang suka kucing, ambil peluang jadikan dia kucing angkat...:) Selalu bagi makan, Insyaallah, rezki dia ada dalam rezki kami. Dan kami percaya ada hak dia dalam apa rezki yang kami ada.


Tengoklah tu dia tidur. Tempat special, atas katil kitaorang, suka pulak dia lepak kat situ setiap kali lepas makan pagi atau petang. Tu yang kadang2 geram, bukan geram dia tidur atas katil tu, tapi geram tengok dia tidur, cute. So, selalu lah kitaorang bersihkan katil tu.

Sebenarnya kitaorang pun tak sangka dapat 'jaga' kucing kat bumi England ni. Agak nya kucing atau haiwan ni dapat rasa kalau kita suka haiwan. Teringat pulak kucing2 yang pernah kitaorang jaga kat Malaysia. Macam-macam pengalaman sampai hantar ke klinik haiwan sebab kucing sakit pun pernah. Dan masa saya bujang dulu, pernah juga siapkan tempat kucing nak beranak dan sambut kucing beranak. Macam pak bidan pulak.

Walaubagaimanapun, alhamdulillah kami puas memelihara kucing, bagi makan, jaga kesihatan dan kebajikan kucing2. Sebab mereka juga adalah sebahagian makhluk Allah yang punya perasaan dan tidak pernah melakukan dosa, dan sentiasa bertasbih kepada Allah setiap masa. Wallahua'lam.

Longsight Market

Selasa, 10 Jun- Lagi cerita pasal carboot sale. Alhamdulillah kali ni kami berpeluang ke Longsight Market, jarak 5 miles dari rumah kami di Crumpsall. Carboot ni cuma buka hari Selasa. Kebetulan cuaca hari tu sangat cantik, kami meluangkan masa untuk meninjau carboot ni yang rasanya lama tak pi.

Konsep carboot sale kebanyakkannya sama jer. Bezanya mungkin suasana dan kemeriahan di situ selain apa barang yang dijual. Dan jualan dibuat di kawasan berbumbung sama seperti di Bolton dan Salford market. Tapi yang kami perasan, kat sini banyak perabut-perabut dan pakaian dijual.

Nak cari barang crystal pun ada. Tak caya tengok makcik tu, banyak koleksi crystal dia, tapi mahal sikit kat sini. Secara umumnya, kawasan Longsight ni ramai didiami oleh orang Pakistan, dah jadi salah satu perkampungan depa selain di Cheetham Hill berdekatan rumah kami.

Saturday 14 June 2008

Mee Bandung Muar Versi UK

Resipi istimewa daripada:
Mak Ngah (Cik Ani)
Kak Yati G.
Bahan-bahan:

Lada kering, udang kering, bawang besar, bawang putih, daging, gula, garam, sayur sawi, telur ayam dan spaghetti .

Cara-caranya:
  • Daging: direbus sampai empuk; hiris nipis; tumbuk lebih kurang daging bagi pecah2.
  • Rebus spaghetti sehingga kembang (ikut arahan pada pek spaghetti lebih afdhal).
  • Tumis bawang besar dan lada kering yang telah dikisar bersama bawang putih yang ditumbuk. Tumis sehingga lada masak.
  • Campurkan air rebusan daging tadi sebanyak tahap kepekatan yang disukai.
  • Tambahkan gula dan garam secukup rasa.
  • Setelah mendidih, masukkan sayur sawi, pecahkan telur ayam.
  • Perlahankan api, masak hingga beberapa minit supaya rempah meresap sebati.
  • Sedia untuk dihidangkan bersama spaghetti.
  • Baca Bismillah sebelum makan...:)
Selamat mencuba!

Tips:
  • Kalau nak pekat, boleh tambah dengan tepung jagung.
  • Untuk lebih sedap, makan dengan pinggan Portmeirion...:)) Yang tak sedap pun jadi sedap.

Thursday 12 June 2008

Fenomena Azan Di Dunia Sehingga Hari Kiamat

A'kum. Subhanallah, Maha Suci Allah yang mencipta alam buana ini dengan begitu cantik, penuh perancangan yang teliti. Ingin saya kongsikan sesuatu perkara yang mungkin kita tidak tahu sebelum ini berkaitan dengan azan yang selalu kita dengar sekurang2nya 5 kali sehari. Tetapi sebenarnya, laungan azan berkumandang setiap detik dan masa tanpa kita sedari.

Beribu muazin melaungkan azan yang saling bersahutan di antara satu dengan yang lain, dan tidak akan berhenti sehingga hari qiamat kelak, yang mana detik itu tiada lagi kedengaran azan dilaungkan. Insyaallah, sama2 kita hayati video klip ni....




(Untuk view lebih besar, klik video di atas)

Pastikan syiar Islam akan terus terpancar, dan laungan azan akan tetap terus didengari hingga akhir zaman. Tidak seperti sesetengah tempat di negara lain yang kini gema azan oleh para muazin tidak lagi kedengaran. Mahukah kita ia berlaku di negara sendiri? Marilah menunaikan solat, marilah menuju kejayaan...Wallahua'lam bissawaab.

Wednesday 11 June 2008

Macam2 ada...

Hari ni alhamdulillah cuaca sangat baik, sebab kat sini payah nak jumpa suasana langit yang membiru, bersih tanpa noda. Ni nak cerita sikit pasal sumber makanan di bandar Manchester. Orang Malaysia selalu tanya, "Makan apa kat sana? Mesti selalu makan burger, kentang, pizza, fish and chips, keju...bla..bla..bla.. selalu". Bila call Malaysia, depa selalu menyakat "Wahh..kitaorang tengah minum air kopi panas dengan kuih-muih..". "hmmm..makan nasi lauk cili api, sedappp..".

Tapi kami tak tergugat sangat pun, sebab apa, kat sini kita orang siap masak asam pedas kepala ikan salmon, makan dengan nasi basmati lagi. Sedappp...isteri saya yang masak.:) Next time saya tunjukan buktinyer. Belum cerita lagi ayam masak cili api, daging masak rendang, lontong kuah, sambal udang....hmmm kecuh lah pulak! Alhamdulillah, kalau nak makan makanan ala masakan kampung, bahan mentah semua insyaAllah boleh dapat kat sini.

Salah satu tempat utama pelajar Malaysia cari barang nak masak adalah pasaraya Wing Yip. Biasalah orang Cina yang jual, sebut apa jer, insyaAllah semua ada kat sini, tapi kami beli yang HALAL jer lah...:D. Banyak barang2 yang dijual kat sini diimport dari negara China, Thailand, dan Malaysia. Target market maybe orang2 belah Asia sebab selalunya orang luar yang mencari bahan2 mentah di negara orang macam kami.


Haa...jangan tak caya, buah durian pun ada...so tak lah kempunan kalau nak sangat makan atau mengidamkannya...

Sebut apa lagi, buah rambutan, manggis...macam2 ada. Nak tunjuk semua tak larat pulak nak menontonnya karang...:)

Kalau tak sempat masak, paling simple makan maggie lah...macam tak biasa, masa zaman undergrate dulu2 kan biasa simpan stock kat bilik. Balik kuliah, time lapar mesti makan maggie (sebenarnya nak save budget makan...:)) Kat sini, kadang2 offer 5 bungkus harganya satu pound atau lebih kurang RM7.

Monday 9 June 2008

Carboot Sales

Alhamdulillah, hari ini dalam sejarah kami di Manchester, tak pernah pi 'karbut' seawal jam 6.15 pagi...selalu pi jam 8.30 am, sampai2 orang pun dah ramai. Ingatkan pi awal2 tak ramai orang, tapi tak sangka rupanya carboot buka awal sekitar jam 6.00 pagi. Awal2 pagi lepas subuh jam 4.30 pagi, Zizah dah turun dapur buat sarapan dan bekalan untuk ke carboot. Kena prepare sebab confirm selesai jelajah tengahari, mesti lapar waktu tu.

Dan satu lagi rekod kami pecahkan hari ni, kami dapat sempurnakan penjelajahan ke 4 tempat carboots berbeza, tapi sekitar Manchester jer, tak jauh. Insyaallah, ada masa lain nanti kami akan sampai ke tempat lain yang belum pernah sampai, macam St. Helen, Cleothrow dan Juntion 29 (Sheffield). Orang kata barang2 kat situ ok gak.

Alhamdulillah, saya sempat ambil gambar semua 4 carboot yang kami pi hari ni. Dan Insyaallah saya akan ceritakan sedikit tentang setiap carboot sale tu. Kebanyakan carboot sales di sini buat hari Ahad terutamanya waktu summer. Sebab waktu panas, orang ramai nak keluar rumah.

Destinasi pertama, Carboot di Oldham rugby. Memang tempat ni padang tempat main rugbi. Alhamdulillah hari ni cuaca panas dan ramai sellers yang datang. Kawasan padang penuh hingga 3/4 padang digunakan waktu kami sampai. Lepas kami balik masih ada lagi sellers yang baru sampai. Tapi memandangkan kami nak pi tempat lain, terpaksalah tinggal...



Kami pi ke tempat seterusnya di Bolton market, perjalanan dalam 20 minit. Tapi masalahnya, parking kereta agak terhad sekitar market tu, kalau ada jauh sikit. Saya tunggu dalam kereta nak dapatkan parking lebih kurang setengah jam jugak. Zizah dah turun dulu, tinjau2 kot2 ada item2 yang berkenan.
Alhamdulillah, dapatlah sikit barang macam mangkuk crystal satu pound.


Alhamdulillah, kami sampai ke carboot di Salford market. Sebenarnya tak masuk list pun nak pi hari ni, tapi sebab dah on the way to carboot ke empat, kami singgah jer...(sambil2 nak withdraw skit duit, dah habis kat dua carboots sebelum ni...:D).

Sebenarnya, carboot ni dah selalu pi. Barang2 not bad. Cuma kena pandai memilih dan tahu apa nak beli. Kelebihan carboot ni sama macam di Bolton market tadi, kawasannya berbumbung. So, in case hujan tiba2 sempatlah nak selamatkan diri sambil membeli...:).

Kat sini kami tak lama, dalam setengah jam jer sebab nak kejarkan carboot terakhir hari ni. Maklumlah, dah makin tengahari ni cuaca makin panas.

Alhamdulillah, kami sampai ke carboot bowlee di Middleton. Satu yang berlainan dari carboot2 sebelum ni, nak masuk parking kena bayar 2 pound. Nilai ni macam2 boleh dapat. Sebab tu kalau dah masuk berbayar, beli jangan tak beli...rugi...:D.

Kat sini dapatlah lagi beberapa items lain termasuk 2 high chairs dengan cushion lagi. Apa lagi, sambarlah...Tapi sebab dah tengahari dan hari makin panas, kami jalan cepat sikit dan lihat apa yang berkenan jer....kena gak budget2...lain masa kan nak pi lagi carboot.

Rasanya tu jer yang dapat saya kongsikan pengalaman ke carboot kali ni, yang orang kata break-through, pi carboot paling awal dan paling banyak dalam sehari...tapi orang Manchester yang lain ada yang lagi awal dari tu, dan lagi jauh perginya, sampai ke Wales yang ambil masa 2 jam perjalanan pun ada, dengan syarat cuaca tip top lah.....

Kalau nak tengok antara gambar2 carboot tu, boleh lah tengok kat my gallery. Insyaallah lain masa, kita cerita benda lain pula.

Sunday 8 June 2008

My beloved niece...




Alia Anis nama diberi,comel loteh bijak bistari, suka main puzzle dan suka menyanyi, lagu kegemarannya "bila kita bangun pagiiii..."