Thursday 6 November 2008

Unforgetable Moment 2004








Kenangan menunaikan umrah bersama isteri tersayang, bonda mertua, nenekanda, dan warga emas daripada Bukit Batu, Kulai, Johor pada tahun 2004.

Ziarahku kali kedua ini bersama orang tersayang menjadikan kunjungan ini lebih bermakna dalam sejarah hidupku. Saat pertama menjejakkan kaki ke tanah haram Mekah September 2001 tidak pernah luput dari ingatan dan tetap segar dalam benak ingatanku.

Perasaan gembira dan sayu bila kali pertama menyaksikan baitullah kaabah yang berdiri gah di depan mata, yang sukar ku gambarkan dengan kata-kata. Terasa diri ini begitu kerdil dan hina dengan diri seadanya.



Terlalu banyak pengalaman manis sewaktu melaksanakan umrah kali kedua ini. Banyak yang aku belajar mengenai kehidupan. Kebetulan lebih daripada sebahagian jemaah kami merupakan warga emas yang sebenarnya menambahkan lagi memori kami yang mungkin tidak akan pernah kami lupakan sehingga akhir hayat kami. Kami juga rasa bertuah kerana dapat bersama atuk bapak dalam umrah ini yang merupakan kunjungan terakhir beliau sebelum kembali kerahmatullah pada 10 Feb 2007....Al-Fatehah.

InsyaAllah akan ku ceritakan sedikit pengalaman umrah keduaku ini pada masa akan datang. Cukuplah sekadar ku beritahu bahawa ia tetap akan segar dalam ingatan sehingga akhir hayatku. Dan selalu terbayang-bayang saat dan tika di sana bersama mereka....(sebahagian ada dalam gambar tu....)

Teringat kata-kata seorang kawan yang baru kami kenali di bumi Manchester. Modal ke Mekah adalah perasaan rindu untuk mengunjungi lagi Baitullah jika pernah menyaksikan sendiri tanah suci yang penuh sejarah. Mengalir air mata bila mengenangkan bagaimana Rasulullah s.a.w. bertarung nyawa bersama para sahabat untuk menegakkan syiar Islam di muka bumi ini.

Pernah ku ditanya "...seronok tak pergi Mekah...?" Jawapannya sukar untuk dilafaz, tapi bergantung pada niat masing-masing untuk menziarahi tanah suci Mekah. Pernah juga ku ditanya "...apa yang best nyer pergi Mekah tu? bukan ke batu bata jer yang ada...nak tengok apa?" Tersentak mendengar soalan yang diajukan oleh seorang lelaki berumur sekitar 40-an. Semoga Allah memberi hidayah kepadanya...

Alhamdulillah...kunjungan kedua bersama isteri tersayang mengundang pula rasa rindu untuk menjadi tetamu Allah yang lebih mulia. Semoga Allah sentiasa meredhakan hasrat kami justeru menerima kami untuk sekali lagi mengunjungi tanah suci Mekah. Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya dan Dia yang mengaturkan sesuatu yang terbaik untuk diri kita sendiri. Semoga kunjungan seterusnya akan lebih bermakna buat kami.....(bersambung dalam siri akan datang.)

2 comments:

Anonymous said...

betullah..Muhalim...akak pun teringin nak ke sana...Tapi takut pun ada gak???Ingat banyaknya dosa2 yang lalu....Skrg dan mula beli buku2 haji dan umrah...rasa mcm nak gi umrah aje? Haji tu mcm tak sedia ...Doakan akak semoga menjadi tetamu ALLAH yang paling istimewa. Doakan juga supaya mudah untuk mengabiskan Phd dan dapat meningkatkan iman dan Islam dengan adanya Phd dan dipermudah semua urusan di dunia dan akhirat ...Wasalam (ABC- Kak Yati)

Ibnu Amin said...

Insyaallah...kami doakan semua hajat dimakbulkan oleh Allah. Yang penting kita kena sentiasa mengharap kasihNya dan pertolongannya seperti apa yang terkandung dalam surah fatehah....