Tuesday 29 September 2009

Selamat Hari Raya

Setelah sekian lama menyepikan diri, insyaallah keyboard ini akan kembali beraksi. Terlalu banyak peristiwa kami alami sepanjang tempoh beberapa bulan kebelakangan ini. InsyaAllah kami akan kongsikan beberapa peristiwa penting di lain masa dan kesempatan yang diizinkanNya.



Dikesempatan ini kami sekeluarga ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua sanak saudara, sahabat handai tak kira yang berada di mana jua, juga kepada yang mengenali diri kami sekeluarga.

Ikhlas dari kami,
Muhalim, Nor Azizah Ali, Ahmad Mubassyir (4 1/2 bulan)
Skudai, Johor.

Saturday 2 May 2009

Milik Siapa

Klik play untuk dengar...:)


Assalamualaikum. Lama sudah jari jemari ini tidak ku taipkan baris perkataan. Paling tidak untuk muhasabah diriku sendiri dalam meneruskan kehidupan sebagai hamba Allah.

Hidup manusia di dunia hanya sementara dan pinjaman dari Allah semata-mata. Ia ibarat satu pengembaraan perjalan ke suatu destinasi yang di tuju akhirnya. Banyak dugaan dan cabaran melanda sepanjang menempuh dan mengharungi liku-liku perjalanan itu. Yang pasti, semua dugaan itu adalah untuk menilai tahap kebergantungan kita kepada Allah dan sentiasa bersabar dengannya.

Sebagai manusia, kita juga sering cuai dan lalai untuk sentiasa mengingati sang pencipta. Kadang kita juga kurang bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan walau sekecil mana nilainya. Nafas setiap detik yang diberikan percuma oleh Allah semenjak dilahirkan sehingga detik ayat ini dibaca tidak pernah diminta untuk dibayar. Hanya perlu selalu bersyukur, malaksakan suruhanNya dan meningalkan laranganNya.

Milik siapakah hidup ini? Sesungguhnya semua kehidupan kita ini adalah milik Allah. Dan Dia yang berhak mengambilnya semula pada bila-bila masa yang telah ditentukan. Bezanya hanyalah bila, di mana dan bagaimana ia berlaku. Yang pasti, setia kehidupan akan berakhir dengan kematian. Dan hanya bekalan amalan kehidupan yang akan dibawa untuk dinilai oleh Allah.

"...maka barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarrah, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barang siapa mengerjakan kejahatan sebarat zarrah, nuscaya daia akan melihat (balasan)nya." (Az-Zilzal: 7-8)

Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang sentiasa mendapat keredhaan dan rahmat Allah dan mendapat syafaat dari baginda Rasulullah s.a.w.

Allahua'lam bissawab.

Friday 9 January 2009

A Very Special Day



...and YOU make

my life wonderful
just like I knew you would

For there is no one else
that I would rather come home to
and if had to choose again
you know that I'd choose YOU


Now that another YEAR has passed
this greeting's send to say
I wish YOU all YOU're hoping for on this,
your special day


Dear WIFE, I hope your birthday
is as HAPPY as can be
and I just wan to let YOU know
YOU mean the world to me


HAVE A VERY SPECIAL Birthday


Wednesday 7 January 2009

Doa Untuk Gaza


"Ya Allah! Sesungguhnya hanya Engkau sahaja yang mengetahui betapa dahsyatnya bala bencana yang sedang menimpa saudara-saudara kami di Gaza sekarang. Begitu juga hanya Engkau sahaja yang mengetahui betapa lemah dan cuainya kami. Wahai tuhan kami! Kepada siapakah lagi kami mengadu sedangkan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Berkuasa? Kepada siapakah kami memohon pertolongan sedangkan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Memberikan Pertolongan? Kepada siapakah kami memohon bantuan sedangkan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Memaksakan (kehendakNya) ?"

"Wahai Tuhan yang ditanganNya segala kunci kelepasan! Lepaskanlah dan hilangkanlah segala kedukaan yang sedang menimpa saudara-saudara kami itu."


"Wahai Tuhan Yang Maha Mulia, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Memaksa, Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Menguasai, Tuhan yang tidak boleh ditewaskan oleh sesiapa di langit dan di bumi! Perturunkanlah azab dan seksaMu terhadap Yahudi Freemason dan sesiapa yang membantu mereka terhadap orang-orang Islam."

"Wahai Tuhan yang pada tangannya penguasaan segala urusan! Wahai Tuhan yang merubah segalanya sedangkan dirinya tidak berubah! Sesungguhnya kami amat merindui kemuliaan Islam. Kami memohon kepadaMu kemenangan yang memuliakan Islam dan penganutnya, serta menghinakan kebatilan dan pendokongnya."

Tuesday 6 January 2009

Selamat Hari Lahir Bonda





Kepada
Bonda yang kami sayangi, semoga senantiasa di dalam rahmat Allah dan sihat walafiat.

Tiada kata yang lebih bermakna,
Pada hari yang bertuah ini,
Bonda...Selamat hari lahir yang ke 54 tahun.

Semoga Bonda dikurniakan nikmat iman berterusan, panjang umur dan murah rezki selalu.
Semoga tahun ini dan tahun-tahun mendatang akan memberikan Bonda kebahagiaan di dunia dan akhirat,
Bersama Ayahanda tercinta dan kami semua.

Semoga Allah qabulkan segala hajat dan harapan Bonda....
Bonda...kau insan paling istimewa dalam lembaran sejarah hidup kami, selain Ayahanda.

Salam sayang dan rindu dari kami di bumi perantauan,

Anakanda,
Manchester,
United Kingdom.


.

Hadith: Taqwa


Daripada Abu Zar, Jundub bin Junadah dan Abu Abdul Rahman daripada Muaz bin Jabal r.a., daripada Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Bertaqwalah (takutilah) Allah tidak kira di mana kamu berada. Susulilah perbuatan dosa dengan amal kebaikan, nescaya ia akan memadamkan dosa. Bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik."

(Sumber: Ibn Rajab Al-Hanbali (2005). Syarahan Hadis 50. (Termasuk Hadis 40 Imam Nawawi); Jilid II. Pustaka Salam; Kuala Lumpur, Malaysia. p.32)