Monday 13 October 2008

Kawan

Kawan,
Satu perkataan mudah dilafaz,
Kawan mudah dicari tika kita tiada kesusahan,
Mereka pergi walau kita kadang-kala memerlukan,
Mereka datang dan pergi silih berganti, kecuali yang faham dan mengerti erti 'kawan'.

Memang tidak dinafikan begitu sukar untuk menemui seorang kawan sejati, yang bertemu dan berpisah dengan kita kerana Allah s.w.t. Dalam seribu, mungkin hanya seorang dua sahaja yang sering setia dalam jalinan ini. Yang sentiasa menghargaai erti sebuah persahabatan yang berpanjangan tanpa ada rasa curiga dan salah sangka.

Persahabatan kadang-kala disalah-ertikan gara-gara salah faham yang mungkin tidak diundang, yang tidak disedari atau disengajakan. Akibatnya, jalinan persahabatan yang pernah wujud terus diabaikan dan tiada nilai lagi, dan terus hilang tanpa tahu apa puncanya. Walau kita sedari kehilangannya dan semakin jauh perginya, dan cuba untuk menambatnya kembali, namun ia tetap mahu terlerai ibarat layang-layang yang terputus talinya...

Kawan... andaikata ada yang tersinggung oleh mu atas keterlanjuran perbuatan dan perkataan ku, maafkan lah kiranya insan ini yang mungkin tidak dapat memenuhi hak mu sebagai seorang kawan. Namun jika ada lagi peluang untuk bersama lagi, aku sentiasa menerima kembali. Percayalah, walau apa yang pernah berlaku, kau kawan ku akan tetap menjadi kawan ku hingga ke akhir hayatku....

Wallahua'lam.

4 comments:

Anonymous said...

Syahdu yer baca tulisan nie. Lumrah kehidupan..kawan gembira senang dicari, kawan berduka amatlah sukar dicari. Yeap, seharusnya kita kena sentiasa bersikap positif dan tidak bersangka buruk kepada kawan-kawan.

Ibnu Amin said...

tulah...kadang-kadang kita cuba menjaga hubungan tu, tapi gara2 mereka salah faham, semua rosak binasa....semoga Allah memberi mereka hidayah....:(.

Aryati Bakri said...

Lumrah...kawan sejati hanya berkawan kerana ALLAH tanpa alasan. Kami pun sama2 nak mintak maaf kalau ada yang tersilap dimana terutamnya dari segi perkataan. Kira 0-0 ya...Semoga persahabatan kita berkekalan selamanya.

Ibnu Amin said...

Sama2. InsyaAllah...semoga ukhuwah yang terjalin akan terus kekal dan sentiasa menghargai kawan terutama teman sejati.